Penjajahan Itali dan kematiannya Atilla

Attila kembali pada tahun 452 untuk menuntut kembali perkahwinan Honoria, menjajah dan memusnahkan Itali sepanjang jalan; tenteranya merompak banyak bandar dan meratakan Aquileia sepenuhnya, tidak meninggalkan apa-apa kesan yang tinggal. Valentinian berundur dari Ravenna ke Rome; Aetius kekal di lapangan tetapi tiada kekuatan untuk bertempur. Attila akhirnya berhenti di Po, di mana dia bertemu dengan duta termasuk (prefect) Trigetius, consul Aviennus, dan Pope Leo I. Selepas perjumpaan tersebut mengundurkan tenteranya kembali, tanpa menuntut samaada perkahwinan Honoria maupun jajahan yang diingininya.

Lukisan Raphael Perjumpaan antara Leo Agung dan Atilla (The Meeting between Leo the Great and Attila) menunjukkan Leo I, dengan Saint Peter dan Saint Paul di atasnya, berjumpa dengan Attila

Beberapa penjelasan mengenai tindakannya telah diajukan. Wabak dan kebuluran yang serentak dengan penjajahannya mungkin melemahkan tenteranya, atau tentera yang dihantar Marcian menyeberangi sungai Danube mungkin memberikannya sebab untuk berundur, atau mungkin kedua-duanya. Priscus melapurkan bahawa bimbang dengan kepercayaan karut mengenai nasib yang menimpa Alaric—yang mati tidak lama selepas merompak Rom pada tahun 410—menyebabkan raja Hun was-was.

Walau apapun sebabnya, Attila meninggalkan Itali dan kembali ke istananya diseberang Danube. Di sana dia merancang untuk menyerang Constantinople sekali lagi dan menuntuk hantaran yang dibatalkan oleh Marcian. Bagaimanapun, dia mati pada awal 453; maklumat semasa (conventional account), dari Priscus, menyatakan bahawa pada malam semasa menyambut perkahwinan terbarunya (dengan Goth bernama Ildico), dia mendapat pendarahan hidung yang teruk dan sesak sehingga mati. Pahlawannya, apabila menyedari kematiannya, meratapinya dengan memotong rambut mereka dan mengelar diri mereka dengan pedang agar, menurut Jordanes, "pahlawan teragung tidak sepatutnya diratapi dengan ratapan wanita dan air mata, tetapi dengan darah lelaki." Atilla dikebumikan dalam keranda tiga lapis —dari emas, perak, dan besi—dengan rampasan perang, dan ahli pengkebumiannya dibunuh untuk merahsiakan tempat penkebumiannya. Selepas kematiannya, dia kekal sebagai watak legenda: watak Etzel dalam Nibelungenlied dan Atli dalam kedua saga Volsunga dan Poetic Edda secara kasarnya berdasarkan kehidupannya.

Anak-anak Atilla, Ellak (waris dilantik), Dengizik, dan Ernak bergaduh merebut warisannya dan, berpecah, dikalahkan dan disinkir bertebaran pada tahun berikutnya dalam Pertempuran Nedao. Empire Attila tidak kekal selepasnya.